Kursus Sepenuh Masa
Berapa lama tempoh kursus
• Pengajian di peringkat sijil dijalankan selama 4 semester iaitu 2 tahun termasuk 1 semester latihan industri dan tempoh maksimum 10 semester iaitu 5 tahun.
Apakah syarat-syarat kemasukan dan bila pengambilan dibuat?
• Calon mestilah warganegara Malaysia.
• Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) SPMV.
• Pengambilan pelajar dilakukan 2 kali setahun iaitu pada bulan Jun/Julai dan Disember/Januari.
Bagaimana kemudahan pinjaman atau biasiswa disediakan?
• Pelajar-pelajar Kolej Komuniti layak memohon pinjaman yang ditawarkan oleh kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia.
• Pelajar juga boleh memohon pinjaman selain daripada pinjaman yang ditawarkan oleh kerajaan.
Apakah laluan masa depan?
• Melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di Politeknik dan seterusnya ke mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
• Bekerja di mana-mana institusi kerajaan atau swasta.
• Membuka perniagaan sendiri berasaskan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang diceburi.
Kursus Multimedia Kreatif (Animasi)
• Kursus ini memberi pendedahan kepada prinsip asas Multimedia (Animasi) dan sinematografi, merancang storyboard, penghasilan imej seni dan lukisan digital samada bentuk 2D atau 3D, grafik bergerak, animasi stop motion, penerbitan video, rekabentuk audio dan multimedia interaktif.
Kursus Sistem Komputer dan Sokongan
• Kursus Sistem Komputer dan Sokongan merupakan kursus kemahiran di dalam bidang senggaraan dan baikpulih komputer dari segi perkakasan.
• Selain daripada mempelajari dan mengetahui teknik-teknik menyenggara dan baikpulih computer, pelajar akan dapat mempelajari modul asas elektrik dan elektronik, Microsoft Office, rangkaian serta pengaturcaraan C
Kursus Pelukis Pelan Senibina
• Kursus ini merupakan satu kursus kemahiran yang melatih pelajar sehingga dapat menghasilkan lukisan kerja senibina (architectural working drawing), membuat lukisan bagi kerja tambahan/pengubahsuaian bangunan kecil, menggunakan pelbagai teknik rendering, pembuatan model dan memahami serta mentafsir Peraturan Kecil Bangunan. Kursus ini juga menekankan aspek amali supaya lepasan Kolej Komuniti mempunyai tahap kemahiran yang tinggi. Antara modul yang akan dipelajari adalah Asas Lukisan Teknik (manual) dan Lukisn Terbantu Komputer (CAD)
• Kursus ini dapat mendedahkan pelajar mengenai bidang lukisan senibina yang terkini.
• Pelajar mendapat pendedahan mengenai keadaan sebenar dalam bidang yang diceburi melalui latihan industri yang dijalankan selama satu semester.
• Pelajar berpeluang menggunakan peralatan melukis dan juga mempelajari teknik-teknik melukis secara manual serta menggunakan komputer (CADD)
Kursus Penyenggaraan Bangunan?
• Kursus kemahiran yang meliputu bidang penyenggaraan peralatan penyamanan dan pengalih udara. Selain dari itu, kursus ini meliputi baikpulih system bekalan air, system pengempan air, bangunan, penyenggaraan system elektrikal, kerosakan elektrikal dan mekanikal,
• Pelajar akan memperolehi kemahiran yang menekankan aspek amali supaya lepasan kolej komuniti mempunyai tahap kemahiran yang tinggi dalam bidang tersebut.
• Pelajar mendapat pendedahan mengenai keadaan sebenar dalam bidang yang diceburi melalui latihan industri yang dijalankan selama satu semester.
• Pelajar berpeluang menggunakan peralatan dan mesin terbaru mengikut perkembangan teknologi terkini
Kursus Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkidmatan)
• Kursus ini menawarkan pengetahuan dalam bidang elektrik yang meliputi kemahiran amali dan teori dalam bidang teknologi elektrik kuasa, pemasangan elektrik, kawalan mesin elektrik, elektronik, system berdigit dan computer.
• Pelajar dapat kemahiran dalam bidang elektrik mengikut teknologi dan keperluan semasa.
• Pelajar berpeluang mempratikkan apa yang dipelajari di kolej dengan keadaan sebenar di sector industri semasa latihan industri selama satu semester.
Kursus Teknologi Pembuatan Bersepadu
• Kursus Teknologi Pembuatan Bersepadu adalah salah satu kursus teknikal yang ditawarkan di kolej – kolej komuniti di Malaysia. Kursus ini menggabungkan bidang pengautomasian dan pembuatan
• Skop kursus ini sangat luas yang antara lain merangkumi teknologi pengawal perindustrian, teknologi pembuatan terbantu computer dan teknologi pembuatan berintegrasikan computer.
Visi Kolej Komuniti
Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dalam bidang Teknologi, Bisnes dan Industri Perkhidmatan serta berazam melahirkan graduan yang berketerampilan, beraklak mulia dan bertanggungjawab selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Misi Kolej Komuniti
Mewujudkan peluang, membangunkan potensi dan mencapai kecemerlangan untuk pelajar lepasan menengah dan komuniti setempat melalui pendidikan dan latihan.
Objektif Kolej Komuniti
Menyediakan pendidikan dan latihan yang dinamik dan berkualiti dengan :
- Menganjurkan dan mewujudkan laluan alternative kepada lepasan menengah
- Menganjurkan dan menyediakan pembelajaran sepanjang hayat dalam pembangunan komuniti berpengetahuan ( K-Community)
- Menyediakan latihan untuk meningkatkan kemahiran (up-skilling) dan melatih semula (re-skilling) untuk keperluan tenaga kerja setempat
- Menyediakan rangkaian strategic (strategic networking) untuk memperkukuhkan aktiviti sosio-ekonomi dikalangan pelanggan setempat dan pemegang taruh (stakeholders)
- Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pilihan yang berpusatkab komuniti
Hari terbuka yang dianjurkan oleh pihak kolej untuk mendekatkan para pelajar dengan rakyat Johor mengenai kursus-kursus yang ditawarkan oleh pihak kolej samada kursus jangka panjang mahupun jangka pendek.
Program ini juga memberikan peluang kepada para pelajar di kolej komuniti segamat untuk menjadi usahawan muda yang membuat pelbagai perniagaan seperti makanan dan minuman.Dengan ini, ia dapat meningkatkan semangat para pelajar untuk menjadi lebih berani dan menambahkan lagi pengalaman mereka dalam bidang ini.