Sistem Komputer Dan Sokongan

Sistem Komputer Dan Sokongan
Sistem komputer Dan Sokongan...

Sunday, 30 October 2011

Kolej Komuniti Segamat

Selamat Datang ke Laman Web Kolej Komuiniti Segamat, Johor.
Pihak Kolej Komuniti Segamat mengalu-alukan kunjungan anda ke
 Blog kami.
 Seiring dengan perkembangan teknologi kini, penyampaian maklumat
melalui laman blog amat berkesan pada masa kini bagi memudahkan
penerimaan dan penyampaian maklumat denganlebih cepat dan mudah.
 Dengan wujudnya laman blog ini pihak KKSEG berharap dapat
memberi maklumat yang berguna kepada sesiapa yang
melayari laman web ini.


Untuk maklumat lanjut, Hubungi kami di :
Kolej Komuniti Segamat,
No.24-34, Jalan Putra 1/1,Bandar Putra,
85000 Segamat Johor
Tel: 07-9431633
Fax : 07-9436075
website: http:www.kkseg.edu.my

Visi-Misi-Objektif

VISI

Menjadi pusat perkembangan pendidikan dengan iltizam untuk membina komuniti yang berilmu dan berkemahiran seiring dengan falsafah pendidikan kebangsaan.


MISI

Meluaskan akses pendidikan, meningkatkan taraf sosio ekonomi dan kesejahteraan masyarakat melalui program latihan, kemahiran dan pembelajaran sepanjang hayat.


OBJEKTIF

Menyediakan pendidikan yang berkualiti, berteknologi tinggi dan holistik dengan :
  
1)  Menyediakan pendidikan dan latihan kemahiran kepada semua peringkat  masyarakat;

2)   Menganjur dan menyediakan pembelajaran sepanjang hayat untuk menjadikan komuniti berpengetahuan (k-community);

3)   Menganjur dan menyediakan latihan peningkatan kemahiran (up-skilling), latihan pemantapan kemahiran (re-skilling), dan latihan sangkutan (attachment training) untuk keperluan tenaga kerja setempat;

4)    Mewujud dan menganjurkan rangkaian strategik dan pakatan strategik dengan komuniti setempat dan pemegang taruh (stakeholder); dan

5)   Menyediakan kemudahan, perkhidmatan dan sistem pembelajaran yang kondusif dan berkualiti.

Organisasi Kolej Komuniti Segamat

Carta Organisasi...
kolej komuniti segamat 2 terbahagi kepada 2 iaitu Organisasi akademik dan organisasi pentadbiran.Organisasi akademik terdiri daripada Jabatan Kejuteraan dan kemahiran,jabatan pendidikan sepanjang hayat,unit pengambilan,unit peperiksaan dan unit kaunseling.

Dalam organisasi pentadbiran pula terdiri daripada Bahagian Pentadbiran Am dan Unit Sistem Maklumat dan Rangkaian.Organisasi ini berfungsi di atas peranan dalam bidang masing-masing dalam melicinkan pengurusan kolej ini

Lokasi Kampus

Photo
kami di sini.....Kolej Komuniti Segamat
Bandar Putra, Darul Ta'zim,, Jalan Putra 1/44, Bandar Putra, 85000 Segamat District, Johor, Malaysia +60 7-943 1633

Kursus Kolej Komuniti...

Kursus Sepenuh Masa
Berapa lama tempoh kursus
• Pengajian di peringkat sijil dijalankan selama 4 semester iaitu 2 tahun termasuk 1 semester latihan industri dan tempoh maksimum 10 semester iaitu 5 tahun.

Apakah syarat-syarat kemasukan dan bila pengambilan dibuat?
• Calon mestilah warganegara Malaysia.

• Lulus Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) SPMV.

• Pengambilan pelajar dilakukan 2 kali setahun iaitu pada bulan Jun/Julai dan Disember/Januari.

Bagaimana kemudahan pinjaman atau biasiswa disediakan?
• Pelajar-pelajar Kolej Komuniti layak memohon pinjaman yang ditawarkan oleh kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia.

• Pelajar juga boleh memohon pinjaman selain daripada pinjaman yang ditawarkan oleh kerajaan.

Apakah laluan masa depan?
• Melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di Politeknik dan seterusnya ke mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
• Bekerja di mana-mana institusi kerajaan atau swasta.
• Membuka perniagaan sendiri berasaskan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang diceburi.



Kursus Multimedia Kreatif (Animasi)
• Kursus ini memberi pendedahan kepada prinsip asas Multimedia (Animasi) dan sinematografi, merancang storyboard, penghasilan imej seni dan lukisan digital samada bentuk 2D atau 3D, grafik bergerak, animasi stop motion, penerbitan video, rekabentuk audio dan multimedia interaktif.




Kursus Sistem Komputer dan Sokongan
• Kursus Sistem Komputer dan Sokongan merupakan kursus kemahiran di dalam bidang senggaraan dan baikpulih komputer dari segi perkakasan.
• Selain daripada mempelajari dan mengetahui teknik-teknik menyenggara dan baikpulih computer, pelajar akan dapat mempelajari modul asas elektrik dan elektronik, Microsoft Office, rangkaian serta pengaturcaraan C




Kursus Pelukis Pelan Senibina
• Kursus ini merupakan satu kursus kemahiran yang melatih pelajar sehingga dapat menghasilkan lukisan kerja senibina (architectural working drawing), membuat lukisan bagi kerja tambahan/pengubahsuaian bangunan kecil, menggunakan pelbagai teknik rendering, pembuatan model dan memahami serta mentafsir Peraturan Kecil Bangunan. Kursus ini juga menekankan aspek amali supaya lepasan Kolej Komuniti mempunyai tahap kemahiran yang tinggi. Antara modul yang akan dipelajari adalah Asas Lukisan Teknik (manual) dan Lukisn Terbantu Komputer (CAD)
• Kursus ini dapat mendedahkan pelajar mengenai bidang lukisan senibina yang terkini.
• Pelajar mendapat pendedahan mengenai keadaan sebenar dalam bidang yang diceburi melalui latihan industri yang dijalankan selama satu semester.
• Pelajar berpeluang menggunakan peralatan melukis dan juga mempelajari teknik-teknik melukis secara manual serta menggunakan komputer (CADD)



Kursus Penyenggaraan Bangunan?

• Kursus kemahiran yang meliputu bidang penyenggaraan peralatan penyamanan dan pengalih udara. Selain dari itu, kursus ini meliputi baikpulih system bekalan air, system pengempan air, bangunan, penyenggaraan system elektrikal, kerosakan elektrikal dan mekanikal,
• Pelajar akan memperolehi kemahiran yang menekankan aspek amali supaya lepasan kolej komuniti mempunyai tahap kemahiran yang tinggi dalam bidang tersebut.
• Pelajar mendapat pendedahan mengenai keadaan sebenar dalam bidang yang diceburi melalui latihan industri yang dijalankan selama satu semester.
• Pelajar berpeluang menggunakan peralatan dan mesin terbaru mengikut perkembangan teknologi terkini


Kursus Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkidmatan)
• Kursus ini menawarkan pengetahuan dalam bidang elektrik yang meliputi kemahiran amali dan teori dalam bidang teknologi elektrik kuasa, pemasangan elektrik, kawalan mesin elektrik, elektronik, system berdigit dan computer.
• Pelajar dapat kemahiran dalam bidang elektrik mengikut teknologi dan keperluan semasa.
• Pelajar berpeluang mempratikkan apa yang dipelajari di kolej dengan keadaan sebenar di sector industri semasa latihan industri selama satu semester.




Kursus Teknologi Pembuatan Bersepadu
• Kursus Teknologi Pembuatan Bersepadu adalah salah satu kursus teknikal yang ditawarkan di kolej – kolej komuniti di Malaysia. Kursus ini menggabungkan bidang pengautomasian dan pembuatan

• Skop kursus ini sangat luas yang antara lain merangkumi teknologi pengawal perindustrian, teknologi pembuatan terbantu computer dan teknologi pembuatan berintegrasikan computer.



Visi Kolej Komuniti

Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dalam bidang Teknologi, Bisnes dan Industri Perkhidmatan serta berazam melahirkan graduan yang berketerampilan, beraklak mulia dan bertanggungjawab selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Misi Kolej Komuniti

Mewujudkan peluang, membangunkan potensi dan mencapai kecemerlangan untuk pelajar lepasan menengah dan komuniti setempat melalui pendidikan dan latihan.
Objektif Kolej Komuniti
Menyediakan pendidikan dan latihan yang dinamik dan berkualiti dengan :
- Menganjurkan dan mewujudkan laluan alternative kepada lepasan menengah
- Menganjurkan dan menyediakan pembelajaran sepanjang hayat dalam pembangunan komuniti berpengetahuan ( K-Community)
- Menyediakan latihan untuk meningkatkan kemahiran (up-skilling) dan melatih semula (re-skilling) untuk keperluan tenaga kerja setempat
- Menyediakan rangkaian strategic (strategic networking) untuk memperkukuhkan aktiviti sosio-ekonomi dikalangan pelanggan setempat dan pemegang taruh (stakeholders)
- Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pilihan yang berpusatkab komuniti




HARI TERBUKA KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT

Hari terbuka yang dianjurkan oleh pihak kolej untuk mendekatkan para pelajar dengan rakyat Johor mengenai kursus-kursus yang ditawarkan oleh pihak kolej samada kursus jangka panjang mahupun jangka pendek.
Program ini juga memberikan peluang kepada para pelajar di kolej komuniti segamat untuk menjadi usahawan muda yang membuat pelbagai perniagaan seperti makanan dan minuman.Dengan ini, ia dapat meningkatkan semangat para pelajar untuk menjadi lebih berani dan menambahkan lagi pengalaman mereka dalam bidang ini.

PENGENALAN KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT

LATAR BELAKANG




Kolej Komuniti merupakan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kolej Komuniti telah ditubuhkan melalui Memorandum No 398/2225/00 yang dikemukakan oleh Menteri Pendidikan kepada Jemaah Menteri pada 5 Julai 2000. Memorandum ini mengandungi konsep penubuhan dan pelaksanaan satu Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen. Ia berperanan untuk memberi peluang latihan dan kemahiran kepada semua peringkat masyarakat serta peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran pekerjaan atau melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Sepuluh buah Kolej Komuniti rintis mula beroperasi pada pertengahan Jun 2001.

PENGUMUMAN

PENDAFTARAN

Pendaftaran Pelajar Baru untuk sesi Januari 2012
Elaun Wang Saku sebanyak RM 250.00/sebulan
Kepada sesiapa yang berminat boleh datang terus ke
Kolej Komuniti Segamat atau hubungi
En.Ayubkhan Bin Abdul Kadir di talian 012-7529098/
07-9431633 / 07-9437067.